Wednesday, March 14, 2012

lone ranger

Memang kehidupan diciptakan berpasang pasangan…
Rezeki cepat atau lambat sahaja yang menentukan bila seseorang itu akan bertemu dengan jodohnya..
Bila berdua terasa seperti dikawal dan dikonnkong tetapi bila sendirian dan keseorangan terasa perti mahu berdua untuk berkongsi cerita dan keseronokkan tentang sesuatu perkara yang dilakukan…
Pengalaman bercinta sangat seronok dan indah untuk dicerita pada orang lain tetapi biar ia jadi kenangan peribadi sampai bila-bila…
Kadang-kadang bila keluar dengan kawan terutama perempuan terasa seperti rasa ingin melebih-libih dengannya tetapi sedar dia bukan hak kita untuk kita lebih….
Memang seronok bila dilamun cinta….
Tapi bila kita ingin endirian dalam percintaan perkara itu yang ingin kita elakkan…
Tiada masa untuk sendiri….
Setiap perkara yang dilakukan dah jadi macam tanggungjawab untuk diberitahu kepadda pasangan kita….
Memang dah jadi lumrah percintaan setiap manusia….
Terima seadanya….
Kehidupan seorang LONE RANGER banyak keseronokkan tapi kadang-kadang lonely juga bila tengok pasangan merpati melintas didepan mata….
Tenang dan sunyi hidup bersendirian tapi bahagia….
Sukar untuk difahami jiwa seorang LONE RANGER….
Bila kita berada ditemptnya baru ddapat difahami tetapi hanya yang tergolong sahaja dapat mengetahuinya….
Berdua lebih baik tetapi sendirian menyenangkan…..

tak patut

Kita dah rapat dengan dia…
Kenal dia…
Faham perangai dia… .
Tahu dia orang yang macam mana…
Ikut hati minat…
Ikut rasa macam teruk sikit…
Patut ke diluahkan rasa hati…
Terus terang padanya….
Hatinya dah kenal….
Cuma belum ke rumah sahaja…
Bila jumpa macam biasa tapi hati rasa seronok…
Dapat tengok, sembang, bercerita, beergurau, maki,dan sebagainya…
Seronok sangat…
Semenjak ini selalu sangat keluar sama…
Tidak tahu hendak buat apa lagi…
Patut diluahkan sahaj isi hati atau dibiarkan sehingga melepas…
Tidak ada lagi perigi cari timba yang dijumpai disini dalam kehidupan ini…
Bagaimana cara nak luhkan….
Bila disimpan merana badan…
Nak diluah tiada masa yang sesuai….
Perasaan malu masih menebal dalam diri….
Tak patut rasanya…
Terusperhatikan sahaja dari jauh…
Perhatikan perangai dia yang sebenar….
Dilahirkan tanpa mengetahui nasib atau kehidupan yang akan dihadapi kelak…
Hidup seperti biasa macam orang lain….
Sekolah seperti biasa untuk menuntut ilmu…
Dalam pada itu dikenalkan dengan bidang sukan melalui rumah2 sukan…
Sejak berumur9tahun bersamaan darjah 3 telah berjinak dengan sukan…
Tapi sebelum sekolah lagi sudah kenal apa itu sukan walaupun tidak mengerti apa itu sukan sebenarnya…
Bola sepak, rounders, lumba basikal, lumba lari, memanjat, gayut dan bermacam2 lagi jenis permainan yang dimainkan….
Pada masa sekolah hanya diketengahkan sukan yang internasional sahaja seperti bola sepak,hoki,bola baling,sepak takraw dan badminton…..
Pada waktu sekolah itu bola sepak wakil sekolah sehingga darjah 6 dari darjah 3….
Hoki darjah 4 hingga darjah 6 dan terpilih untuk pergi pemilihan daerah tetapi gagal….
Sejak itu tidak pernah kenal erti letih untuk bersukan, puas dimarah dengan cikgu, mama, abah tapi biarkan…..
Pencapaian tertinggi pada waktu itu bersama team hoki mendapat tempat kedua….
Masuk sekolah menengah tidak tahu duduk diam juga….
Hampir semua jenis sukan diceburi…..
Bola sepak,hoki,bola baling,rugbi,silat…..
Bola sepak dari tingkatan 1 hingga 3 dan selepas itu fokus ke sukan lain….
Tapi hati tetap pada bola sepak lagi kerana telah dibesarkan dengan bola sepak dari kecil….
Tingkatan 2 terpilih untuk bermain hoki untuk satu kejohanan sebab telah cedera pada perlawanan separuh akhir dan hampir menyebabkan retak kaki kanan….
Pada tingkatan 2 juga masuk pasukan rugbi sekolah sehingga tingkatan 5 macam2 kecederaan yang dialami dalam sukan itu….
Selepas itu mencuba nasib untuk pasukan bola baling dan terpilih wakil sekolah dari tingkatan 3 hingga 5…
Kemuncaknya pada tingkatan 5 terpilih untuk wakil daerah dan mendapat tempat ketiga dalam kejohanan peringkat negeri dan juga terpilih untuk pergi ke pemilihan pasukan negeri…..
Dari tingkatan 4 hingga sekarang menceburi arena persilatan yang betul2 menguji dan mencabar fizikal serta mental….
Terpilih untuk pemilihan negeri sebanyak dua kali…
Masuk ke alam universiti hanya boleh fokus kepada sejenis sukan iaitu pencak silat…
Kekangan ini disebabkan oleh kecederaan yang dihadapi semasa perlawanan latihan bersama rakan pesilat lain….
Tisu lutut koyak dan memerlukan sekurang2nya rm15k untuk memulihkannya semula….
Dibiarkan sehingga sekarang….
Walaupun permainan kadang2 tidak boleh nak membuat persembahan yang terbaik tapi apakan daya kita dipaksa dan terpaksa melakukan sehingga merosakkan lagi kecederaan tersebut….
Disebabkan minat semua itu tidak dijadikan halangan….
Kemuncak kejayaan pada semester 4 dapat mewakili universiti ke pertandingan terbesar antara universiti…..
Jatuh bangun hidup seorang atlet…..
Bila menang kita akan disanjung dan bila kalah kita akan di lupakan….
Sedih juga terasa dihati tapi itu dah menjadi lumrah manusia yang suka akan keseronokkan dan benci pada kesedihan….
Yang kalah akan ditinggalkan….
Bila diperlukan tenaga,kita akan ditagih semula untuk menyumbang tenaga….
Tidak kata tidak kerana itu sudah menjadi sebahagian hidup kita untuk bersukan…
Terima seadanya….
Sabar jela hati….
Walaupun begitu tetap ikhlas menyumbangkan tenaga demi kepuasan diri….
Bermacam2 jenis rakan dah jumpa semua berjenis2 perangai dan semua harus dihadapi dengan hati yang terbuka walaupun tidak suka….
Terima segala keadaan dan menganggapnya satu cabaran….
Sukan memang telah sebati dalam diri dan walau seringkali menghadapi kekalahan hati tetap pada sukan dan semua itu untuk kepuasan diri semata-mata….

pemberitahuan

Dia selalu ada depan aku…
Tiap hari jumpa….
Tiap hari sembang….
Keluar makan sama…..
Kadang-kadang keluar sama….
Perasaan tak pernah menipu…
Ada hati pada dia…..
Tapi patut ke beritahu pada dia…
Dia dah pernah cerita tentang lelaki pada aku…
Tapi belum cuba belum tahu dah tahu baru puas hati….
Tapi itu yang menjadi masalah padaku sekarang…
Bila diluah nanti lain pula jadinya…
Satu pasukan…
Tentunya setiap hari jumpa…
Takkan aku nak tersipu malu jika ditolak….
Tak sanggup….
Harus difikir sehabis baik tentang buruk baik sesuatu tindakan….
Atau biar masa sahaja yang menentukan….
Takkan nak biar perigi cari timba pula….
Fikir dahulu sebelum bertindak…..
Fikir fikirkan dahulu…..

terima

Sudah jadi lumrah….
Pendiam akan ditindas,tak lah teruk tapi kita akan mudah dipijak….
Bila kita diam makin menjadi-jadi…
Bising orang tak suka….
Biarlah…
Benda dah jadi…
Sabar sahajalah….
Kenangkan kawan-kawan,kalau tidak memang dah kena maki…
Saja minta kena maki….
Tak pernah nak minta tapi harap sedar jela….
Malas nak bising-bising anggap sedekah jela….
Lepas ini kalau ada lagi,banyak alasan yang akan tercipta dan dicipta…
Tunggu dan lihat…
Tak pernah fikir perasaan orang lain…
Nak sendiri sahaja yang sedap memang seronok sangat…
Kita yang susah dan serabut tak fikir….
Aku tak suka ungkit-ungkit, nanti kata tak ikhlas tapi faham-faham sendiri…
Masing-masing dah besar dah boleh kahwin pun…
Sabar sahajalah….

cinta

Susah nak jumpa orang yang tidak pernah bercinta…
Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup….
Dalam yang sekali itu banyak pengalaman yang akan dilalui samada pahit, manis,masin, kelat atau payau…
Mesti akan dirasai oleh mereka yang bercinta….
Hidup sebagai seorang yang bercinta sangat bermakna…
Tidak kira cinta pandang pertama atau sudah lama berputik…
Seronok, sedih, suka, duka,bosan, menyampah dan pelbagai persaan lagi dapat dirasai semasa melalui pengalaman bercinta….
Bersua muka,bercakap, berhubung tidak kira masa dan tempat dan pelbagai cara lagi untuk berhubung…
Masa sedang hangat bercinta semua yang buruk akan jadi baik….
Bila marah pun tidak lama sekejap sahaja marah itu sudah reda dan berbaik semula….
Usaha pujuk memujuk yang paling dibenci sekali bila dalam percintaan…
Ini kerana jika kedua2 belah pihak keras hati atau ego sangat susah untuk dilembutkan…
Tapi sayang puna pasal hal itu tidak menjadi masalah bagi pasangan yang sedang hangat bercinta

tak faham

Baru balik game….
Bertanya dengan baik tapi jawapan yang diberi sangat menghampakan…
Ku fikirkan dia boleh diharap tapi aku faham perangai dia,biarkan sahaja…
Pandailah aku nak selesaikan dengan pensyarah tentang hal aku…
Kalau tak suka beritahu saja tak suka…
Tak perlu nak bahasakan aku…
Memang aku sedar aku banyak tertinggal,lambat dari dia…
Tak sepandai dia…
Tapi markah aku semua okay…
Stress game tak hilang,balik rumah datang lagi stress…
Langsung tak memahami…
Aku selesai sendiri saja dengan pensyarah…
Manusia,depan lain dan belakang lain….
Aku tak nak kutuk sesiapa tapi aku tak tahu yang dia mungkin ada cakap-cakap belakang pasal aku kat orang lain…
Depan aku pun dia boleh cerita tentang orang lain,apatah lagi tentang hal aku, mustahil dia tidak cerita pada orang lain…