Saturday, December 20, 2014

Pasangan Hiduo

Bila di kata pasal pasangan...
Lebih jelas jodoh...
Macam2 perlu difikir...
Kehidupan, kewangan, kemudahan, keselesaan...

Bila dah lengkap segalanya mudah...
Jika kurang harus usaha untuk di mudahkan...
Jangan susah, tapi cukup sekadar mudah dan di permudahkan...

Tak perlu chantek, tapi manis ada...
Tak perlu kaya, saling mencukupi itu perlu...
Tak perlu berpangkat, hanya baik dalam masyarakat...
Saling melengkapi...

Kita di cipta untuk saling memerlukan...
Perlu di cari, perlu mencari, perlu tercari...
Tapi, di mana???

Kita tak pernah puas dalam hidup...
Semua benda kita nak cuba...
Jika tidak, ia tak lengkap...
Tapi sampai bila???

Segalanya di perlukan...
Kehidupan, sudah...
Kerjaya, sudah...
Kemudahan, sudah...

Semua cukup tapi masih tidak lengkap...
Usaha perlu di teruskan...
Pencarian, pertemuan sudah di tentukan...
Tapi belum membuahkan hasil yang chantek...

Insyaallah dipermudahkan...

Tuesday, November 4, 2014

Emas

Aku nak kongsi pengalaman aku dengan emas.
Normal, semua orang kenal apa itu emas.
Sedari kecil kita dah tahu emas.
Semahal barang dalam dunia.

Aku mula berkecimpung dalam dunia emas ni baru lagi.
Pada bulan 6 2014.
Tak lama sehingga ditulis sekarang pada
5november 2014.

Aku mula dgn membeli 1g emas.
Nak di jadikan cerita panjang.

Dengan emas kita boleh menambah pendapatan.
Boleh buat sendiri atau bergantung pada pengelola.

Aku masih bergantung pada pengelola.
Tapi aku ubah skill yg dia cipta mengikut keupayaan aku.
Modal kecil, kita ubah ikut keadaan.

Seperti yang di beritahu tadi dengan 1g emas.
Disebabkan aku mula kecil sekarang emas terkumpul pun tak banyak.
Baru ada dalam 80g.
Aku baru jual 100g dan menempah 100g lagi.

Kita tak nampak mana datang duit bukan?
Skill redah jual beli.

Pendapatan aku tak sebanyak orang lama2 yg main.
Tapi boleh di samakan dengan gaji aku kerja instruktur gym dulu.

Penat?
Ya, penat tapi zahirnya.
Penat berfikir untuk 'melipat' emas tu.
Barang ada, tapi tak tahu nak lipat.
Macam mana nak jadikan pendapatan.

Pasal melipat aku belum nak kongsi di sini.
Dalam masa kurang lebih 6 bulan ni,
Walau hidup sederhana, tapi rezeki aku dengan jual beli emas,
Tak pernah putus.

Alhamdulillah rezeki Tuhan bagi.
Kita dah biasa hidup sederhana, bila dapat rezeki besar tu,
Memang terasa mewahnya.
Tapi hidup jangan selalu ingat kita di atas.
Dah terima, rajin2 memberi,
Itu rahsia hidup senang.

Jangan tamak.
Itu prinsip yg aku pegang.

Semua dengan emas.
Kalau aku kata, aku cuma duduk diam dapat duit, mesti ada yg kata MLM.
Itu realitinya.
Aku 4D.
Tapi aku tak puas sebab aku nak tahu bagaimana melipat emas.

Dengan pembacaan selama 6 bulan sebulan aku memulakan langkah pertama.
Langkah pertama pun tak besar. 1g je.
Dah merasa pendapatan kita lipat sendiri.

Tapi dengan panduan dan tunjuk ajar orang2 lama.
Sekarang dah senang.alhamdulillah.

Pada aku emas ni mudah.
Kau buat, dapat, kau tak buat pun bila kena cara kau boleh dapat.

Aku belajar dgn baca posting2 org dalam FB je.
Tanya org2 lama.
Kelas?
Sekali pun aku tak pernah pergi.
Tapi bila sebut pasal skill melipat, insyaallah aku boleh cerita.

Ada 1 2 skill yg aku aplikasikan.
Semua mudah.
Jauh beza dengan MLM.

Aku tak sibuk promote barang.
Ambil gambar dengan duit.
Ambil gambar dengan customer yg baru join.
Kita bergerak sendiri.

Orang tanya kerja apa.
Aku jawab jual emas.
Aku cerita, depa fikir.
Nak belajar, aku cerita.
Tak nak, takde paksaan dalam perchentaan.

Itulah serba sedikit pengalaman aku dgn emas.
Jangan tamak.
Bermula sedikit.
Teruskan belajar.
Jangan malu bertanya.

Insyaallah ada rezeki kita kongsi.

Tuesday, September 16, 2014

Perasaan sayang

Jika boleh diukur perasaan itu, agak2 cukup tak nombor yang wujud dalam dunia ni?
Jika boleh dibandingkan perasaan itu, agak2 ada tak perbandingan yang sesuai dalam dunia ni?

Perasaan adalah satu perkara yang sukar utk kita ukur. Tapi benda itu wujud. Cuma kewujudannya yang kita sahaja yang tahu. Orang lain tahu apa perasaan kita sekarang?

Marah, benci, sayang, sakit?
Tidak siapa pun tahu perasaan orang lain jika kita sendiri tidak meluahkan atau mengekspresikannya melalui percakapan, kelakuan dan juga perbuatan.

Tapi jika kita mempunyai perasaan pada orang lain, orang itu akan merasai satu kelainan auranya. Satu perasaan yang berbeza akan dialami oleh keduanya. Disedari atau mungkin tidak disedari.

Kerana Allah itu maha kaya. Dia akan beri kita sedikit perasaan yang mempunyai kelainan dari biasa.

#chenta #love #akudahlamatakupdateblog #disinitempatupdatebarusiapgambar

Sunday, May 11, 2014

Hijab

Pelbagai rupa.
Pelbagai gaya.
Pelbagai fesyen.

Apa tujuan tudung di cipta?
Apa erti tudung yang sebenar?
Apa cara memakainya dengan sempurna?

Hanya sekadar meletak di kepala.
Hanya dililit di leher.
Hanya sekadar hiasan di kepala.

Yang nyata hanya wanita sahaja yang memakai tudung.
Pada asalnya hanya untuk menutup rambut di kepala.
Tetapi hanya menjadi hiasan di kepala.

Rambut pada wanita adalah aurat.
Rambut pada wanita adalah mahkota.
Rambut pada wanita segalanya.

Jika aurat, mengapa hanya di tutup sebahagian?
Jika mahkota, mengapa di tunjuk sebahagian?
Jika segalanya, mengapa tidak di tutup atau di tunjuk sepenuhnya?

Jika dulu tidak menutup nya, sekarang wajib menutupnya.
Jika dulu tidak sempurna tutupnya, sekarang sempurnakan tutupnya.
Jika sudah sempurna, kemaskan tutupannya.

Adakah menutup aurat hanya mengikut waktu?
Adakah menutup aurat hanya ikut tempat?
Persoalan yang harus di beri jawapan.

Kita mampu mengubahnya.
Arahan tuhan lebih penting dari arahan manusia.

Cita Cita

Tidak menjadi kesalahan untuk meletak cita cita.
Samada cita cita tu besar atau kecil.
Setiap orang mempunyai cita cita yang ingin di capai.
Samada cepat atau lambat sahaja cita cita itu akan tercapai.

Bila dapat capai cita cita awal, Pasti akan timbul cita cita baru.
Bila lambat capai cita cita, pasti akan di capai sehingga dapat.
Kebiasaannya cita cita adalah satu perkara yang besar.
Satu perkara yang mustahil atau sukar untuk di capai.

Ingin membahagiakan keluarga.
Ingin mempunyai motosikal berkuasa tinggi.
Ingin mempunyai sebuah rumah.
Ingin mengelilingi negara.
Ingin mengembara hingga ke Tanah Suci.

Semoga ianya menjadi kenyataan.
Dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang singkat.

Friday, May 2, 2014

Hijab

Pelbagai rupa.
Pelbagai gaya.
Pelbagai fesyen.

Apa tujuan tudung di cipta?
Apa erti tudung yang sebenar?
Apa cara memakainya dengan sempurna?

Hanya sekadar meletak di kepala.
Hanya dililit di leher.
Hanya sekadar hiasan di kepala.

Yang nyata hanya wanita sahaja yang memakai tudung.
Pada asalnya hanya untuk menutup rambut di kepala.
Tetapi hanya menjadi hiasan di kepala.

Rambut pada wanita adalah aurat.
Rambut pada wanita adalah mahkota.
Rambut pada wanita segalanya.

Jika aurat, mengapa hanya di tutup sebahagian?
Jika mahkota, mengapa di tunjuk sebahagian?
Jika segalanya, mengapa tidak di tutup atau di tunjuk sepenuhnya?

Jika dulu tidak menutup nya, sekarang wajib menutupnya.
Jika dulu tidak sempurna tutupnya, sekarang sempurnakan tutupnya.
Jika sudah sempurna, kemaskan tutupannya.

Adakah menutup aurat hanya mengikut waktu?
Adakah menutup aurat hanya ikut tempat?
Persoalan yang harus di beri jawapan.

Kita mampu mengubahnya.
Arahan tuhan lebih penting dari arahan manusia.

Rezeki

Bila bercerita tentang rezeki, semua orang pasti terbayang duit, kesenangan dan harta benda.
Tapi tahukah semua bahawa rezeki yang di cari dan kita dapat itu berkat?

Bukan nak bercerita pasal agama, tetapi ada sedikit renungan untuk di kongsi bersama.
Rezeki yang sedikit adakah menjamin kebahagian?
Rezeki yang banyak adakah memberi kesedihan?
Ada yang berpendapat tidak semua yang kaya itu bahagia dan tidak semua yang susah itu sedih.

Hal ini kerana dengan satu persoalan, adakah kita mahu jadi hamba duit atau hamba kepada kebahagiaan?
Hidup hanya dengan kerja atau hidup dengan kehidupan yang bahagia?

Pastinya semua orang mahukan rezeki yang melimpah ruah.
Tetapi mahukah kalian hidup tanpa kehidupan?
Rezeki yang sedikit tetapi menjamin kebahagiaan atau rezeki yang banyak tanpa ada kebahagiaan?

Yang Maha Pencipta telah mengatur sebaik kejadian untuk makhluknya.
Kita hanya perlu ikut rencananya dan cuba ubah nasib kita.
Baik jalannya, baik jugalah hasilnya.
Jika buruk jalannya, buruk jugalah hasilnya.

Kita mencipta kebahagiaan.
Kita mencipta kesedihan.
Kita mencari kebahagiaan.
Kita mencari kesedihan.

Penuh dengan persoalan yang harus di fikirkan sejenak.
Ini semua hanya kerana satu perkara yang bernama Rezeki.
Kalian mahukan rezeki, kalian cari.
Kalian mahukan kebahagiaan, kalian cari.

Dapatkah kalian bersua dengan rezeki mahupun kebagiaan?
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.
Apa yang anda mahu dan apa yang anda perlu.
Keperluan atau kehendak?

Renung renungkan....

Wednesday, April 2, 2014

SELANGOR

Hidup mati demi Selangor.
Susah senang demi Selangor.

The Red Giant.
Gergasi Merah.
Nama yang cuku gah di dunia bola sepak Malaysia.
Telah menjulang semua piala liga di dalam Malaysia.

Jagohan terkenal,
Lagenda bola sepak Selangor,
Lagenda bola sepak Malaysia,
Mokhtar Dahari.

Sekarang misi mencari lagenda baru.
Misi memburu kejuaraan yang ke 33.
Dengan semangat baru, stadium baru.
Jersi baru.

Pada yang belum memiliki jersi Selangor yang baru,
Boleh dapatkan di sini.
Harga boleh runding sampai pening.
Harga di tag Rm99.90.

Kita pusing harga sampai pengsan.
Boleh dapatkan di sini.
Demi Selangor....

Tuesday, April 1, 2014

Hari Lebaran

Kurang lebih 90 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.
Pastinya kaum ibu sudah mempersiapkan segala kelengkapan.
Mungkin terlalu awal untuk berbuat demikian.
Tetapi itulah lumrahnya.

Dari baju, langsir, kelengkapan rumah dan juga juadah untuk hari raya.
Tempahan sudah di buat.
Dekorasi sudah di fikirkan.
Pilihan sudah tersedia.

Jadi disini ada beberapa pilihan juadah untuk di hidangkan di hari lebaran.
Antaranya =>

■tart nenas
■golden florentino
■kuih sepit berperisa
    □strawberi
    □kacang
    □coklat
    □asli
■corn flakes madu istimewa
■biskut nestum
■candy kacang
■tiramisu kek
    □strawberi
    □koko
    □nenas

Pelbagai juadah untuk di hidangkan pada pagi lebaran kali ini.
Semuanya sedia menerima tempahan.
Ada hidangan yang  menggunakan resepi turun temurun.
Semuanya di buat mengikut tempahan.

Jika tiada tempahan, tiada pembuatan.
Untuk menjaga kualiti dan juga keenakkannya.

Call/sms 013 2833 059
**gambar sekadar cadangan hidangan

Monday, March 31, 2014

Butik kecantikan & kesihatan

Seperti sedia maklum, kesihatan dan kecantikan saling berkait.
Jika kita sakit, tentu tidak cantik.
Jika kita cantik, tentu kita sihat.
Kedua duanya harus di jaga.

Pada wanita khasnya,
Banyak perkara harus di jaga.
Dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
Termasuk luaran dan juga dalaman.

Perkara itu harus di ambil berat tentang penjagaannya.
Perapiannya, kekemasannya haruslah di beri perhatian penuh.
Tempat yang harus di tuju kebiasaannya adalah SPA...

Ada sebuah spa di kawasan kampung yang mempunyai kelengkapan, kepakaran, kebolehan untuk memberi perkhidmatan terhadap perkara di atas...

Perkhidmatan yang telah tersedia untuk di nikmati adalah =>

♥ urutan tradisional ♥
♥ cucian dan rawatan muka ♥
♥ manicure&padicure ♥
♥ rawatan resdung istimewa ♥
♥ tangas puteri ♥
♥ sauna herba ♥
♥ rawatan selepas bersalin ♥

Perkhidmatan tersebut hanya/khas untuk wanita.
Hanya wanita yang terlibat dalam perkhidmatan ini.
Perkhidmatan yang patut di cuba.
Rasai kenikmatannya.

Sebarang tempahan/pertanyaan boleh terus hubungi pengamalnya di talian berikut=>

♥kak ton♥
♥ 019 2366 163♥

**bukan kak ton dalam tv tu ye...
**gambar hanya sekadar hiasan...

Sunday, March 30, 2014

Perubahan

Blog ni akan ada perubahan melalui posting posting yang akan di lakukan...
Tetapi tidak akan melencong jauh dari matlamat asal blog ini di wujudkan...
Kisah percintaan dan pengalaman hidup tetap akan ada dalam blog ni...
Cumanya akan ada pertambahan input...

Inputnya adalah dari segi posting posting yang akan dilakukan...
Post akan berkaitan perniagaan, cara menambah pendapatan...
Ruang ruang perniagaan akan di masukkan pada posting posting akan datang...
Tetapi posting berkaitan cinta dan pengalaman hidup akan tetap ada...

Rajin rajinlah membaca blog ni ye...
Kita tidak boleh menyangka yang didalm posting itu akan ada ruang kalian untuk menambah pendapatan...
Semuanya berkaitan makanan,,,

Tunggu sahaja posting akan datang...

Thursday, March 27, 2014

Senaman

Cara nak turun berat...
Cara nak hidup sihat...
Cara nak hidup cergas...

Bermacam kenyataan...
Bermacam fakta...
Segala macam teori...
Habis semua keluar...

Adakah ianya fakta?
Adakah ianya di perakukan?
Adakah ianya sudah di kaji?

Bila jual product, kita tahu hanya kelebihan produk...
Kita tak tahu keburukan produk...
Kekurangannya pun kita tidak tahu...
Kita guna dan kita terus cerita...

Betul ke apa yang kita rasa?
Sama ke dengan apa yg orang lain rasa?
Apakah kesan sampingannya?
Selamatkah ia di gunakan?

Pada aku, produk produk kesihatan yang terjual sekarang ada kelebihan dan kekurangannya...
Hasil dan kesannya berbeza dari orang lain...
Apa rahsianya sehingga cepat dapat turunkan berat?
Apa tipsnya untuk dapat bentuk badan yang di ingini?

Jika kita membeli produk tersebut, soalan dari pembeli...
Perlu ke saya jaga makan?
Macam mana nak amalkan?
Perlu bersenam?
Apa kesannya?

Yang itu aku malas nak cerita...
Tapi pada pandangan aku...
Produk tersebut hanya pembantu...
Contoh, dari kuala lumpur hendak ke perlis...
Kita boleh jalan kaki, tapi lambat...
Jika menaiki kereta, cepat sampai bukan...
Begitulah perumpamaannya...

Pada aku, kita tak boleh tidak untuk tinggalkan aktiviti senaman...
Tidak di nafikan dengan produk itu kita boleh kurus...
Tapi kesannya bagaimana?
Ada quote inggeris...
'Good in dress or good in naked'
Kurang lebih begitulah bunyinya...

Kita nak cantik berbaju atau berbogel?
Macam lucah sikit tapi itu kenyataannya...
Cantik berbaju semua orang boleh...
Tapi cantik berbogel siapa boleh?
Tak semua orang boleh...

Kurus memang dah kurus...
Tapi tak ada bentuk...
Rata (flat) sahaja...
Cantik biar ada 'muscle tone' bentuk otot tu yang buat kita menarik...

Ingin di tegaskan di sini...
Senaman tu penting...
Aku pun ada cuba beberapa produk utk kurus...
Tapi aku mencuba apa yang dilarang...

Maksudnya dia kata jaga makan...
Aku jawab, kenapa perlu jaga kalau aku beli produk ni mahal2 tapi kena jaga makan...
Dia tak suruh bersenam tapi boleh di lakukan....
Aku suka bersenam, jadi aku buat...

Beli produk mahal mahal,
Tapi kena jaga makan...
Ada lebih bagus aku jaga makan sendiri tanpa menggunakan produl yang mahal mahal itu...

Senaman itu penting...
Jadikan amalan...
Sekurang kurangnya 20minit setiap sesi...
2jam maksimum setiap sesi...
3 ke 4 sesi seminggu...

Anda mampu mengubahnya...

Tuesday, March 18, 2014

Keliru

Macam-macam yang perlu di fikirkan...
Kehidupan masa depan...
Masalah diri sendiri...
Wang sara hidup...

Sampai bila mahu terus begini...
Perubahan perlu dilakukan...
Walaupun sedikit tapi perubahan itu perlu...
Apa perubahan yang perlu dilakukan...

Banyak perkara bermain di minda...
Semuanya bercampur baur...
Kegembiraan, kesedihan, kemuraman...
Pelbagai perasaan timbul...

Masalah tidak mudah untuk di selesaikan...
Penyelesaian yang rumit...
Tidak semua orang dapat selesaikan dengan jayanya...
Baagaimana untuk menyelesaikannya???

Pengakhiran tulisan dengan satu soalan yang harus di selesaikan...

Saturday, February 22, 2014

Rasa

Hati sudah berbunga...
Hati sudah suka...
Hati sudah senang...
Hati sudah gembira...

Berbunga akan terus berbunga...
Suka tidak selalu suka...
Senang tidak selalu senang...
Gembira ada batasnya...

Bunga yang mekar akan terus mekar..
Suka tidak akan berpanjangan...
Senang mungkin seketika...
Gembira ada waktunya...

Jika belum mendapat kata putus...
Bunga sentiasa mekar...
Suka tidak berterusan...
Senang tidak selamanya...
Gembira pada ketikanya...

Sukar digambarkan tentang rasa itu...
Semuanya terlalu subjektif...
Tidak terluah dengan perkataan...
Suka, senang, gembira...

Rasa yang utama...
Pelbagai rasa yang boleh di cipta...
Hanya satu rasa yang berlegar...
CHENTA....

Saturday, February 15, 2014

Silat

Seronok tengok kawan bersilat...
Semangat dan jiwa semasa bertarung dapat dirasai...
Susah payah untuk masuk ke gelanggang cukup seronok untuk di harungi...
Menang kalah adat pertandingan...

Jiwa dan semngat yang ada hanya terpendam sahaja...
Tiada siapa untuk di kongsikan bersama...
Hanya teruskan latihan, latihan dan latihan...
Tapi hanya sekadar latihan...

Berharap agar dapat berkongsi pengalaman bersama anak muda zaman sekarang...
Walau hanya secebis pengalaman yang berharga...
Seronok jika dapat berkongsi bersama penggiat seni silat...
Hanya meletak harapan agar seni silat melayu tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Semoga seni silat dapat mengisi setiap lubuk hati bangsa melayu dan anak muda...
Harap dapat mencetak nama untuk menjadi pesilat yang hebat...