Friday, October 14, 2011

kawan....

Betullah kata orang dulu-dulu…
Kawan gembira,senang dicari…
Kawan sedih,susah nak cari….
Bila kita diperlukan,barulah orang akan cari kita…
Aku tak kisah sangat tapi terasa jela….
Malas nak fikir…
Baik aku buat hal aku…
Yang penting aku tak ganggu orang lain…
Aku gembira dengan apa yang aku buat walaupun terpaksa sendirian…
Aku terima je….
Kawan-kawan susah aku tolong…
Tak berkira sangatlah aku…
Bila aku boleh tolong aku tolong tapi bila tak boleh aku beritahu yang aku tak boleh nak bantu…
Berdua lebih baik tapi bersendirian menyenangkan….
Bila orang tak perlukan aku,aku tak kisah sangat…
Cuma tak perlulah nk tunjuk depan aku….
Cerita yang tak elok belakang aku…
Aku pun tak cerita benda buruk kawan kat orang lain…
Aku sayang kawan-kawan aku yang tak buat hal dengan aku…
Tapi target mesti dicapai…
Cita-cita aku….
Dengan keluarga juga yang seronok…
Walaupun kadang-kadang aku endah tak endah je tapi itulah keluargaku….aku sayang keluarga aku….

orang....

Lain orang lain cara…
Banyak tafsiran yang boleh dibuat…
Kalau kita kata baik dia kata tak…
Kalau kata tak dia kata baik…
Terpulang pada yang mentafsir tapi pada diriku…
Itu yang aku dah dapat dan itu yang aku tafsir…
Tak semestinya buruk…
Kalau tak faham boleh la bertanya untuk kepastian…
Akan ku terangkan pada dirimu dan sesiapa saja….
Aku bersikap terbuka…
Jangan takut….
Hanya aku saja yang tahu tentang isi hati aku…
Nak berkongsi tapi pada siapa????
Tak ada yang dapat faham lagi setakat ini…
Aku dah cerita sikit tapi dia dan semua tak dapat terima dan faham lagi tentang diriku…
Hidup mesti diteruskan…
Sabar harus ada dalam diri…

Kamar hati ku hiasi biar cantik biar baru…
Semuanya keranamu….
Ku yang lemah kini gagah…
Asal buruk jadi indah…..
Kerana sentuhan cintamu…
Lilin diri takkan padam seandainya engkau adalah sumbunya…
Kaulah puteri ku dambakan bidadari syurga jelmaan dunia….

kerana,,,,

Kerana dia,semua berubah…
Kerana dia,semua terjadi…
Kerana dia,semua tergendala…
Kerana dia,semua lain…
Kerana dia,aku ……….
Tak terungkap dengan kata-kata…
Kenal dia semua suka-suka je…
Tapi bila dah rapat lain jadinya…
Aku tahu status dia…
Aku tahu dia siapa…
Hati dan perasaan siapa boleh lawan???
Susah nak lawan…
Bila ada nak tinggalkan tapi bila tak ada di cari…
Itulah manusia…
Apa nak jadi ye???
Harap-harap okay jela…
Nak layan perasaan ni jadi gila pula…
Biar diri merana…
Tak tahu nak buat apa dah…

Niat hatiku taknak berpisah….
Hidup denganmu wahai kasih…
Apa kan daya jodoh tiada….
Kenangan demi kengan
Menjelma diingatan…
Sukarnya melupakan dirimu….

macam-macam

Layankan je perasaan ni…
Malas nak fikir…
Buat serabut kepala saja…
Tinggal satu datang satu..
Dapat satu datang satu lagi…
Sebab tu dah malas nak fikirkan dah…
Layankan je….
Ada kita layan…
Takda kita biar…
Selagi dia bukan milik kita…
Kita layan biasa saja…
Kalau dah jadi milik kita,kita perlu serius…
Jangan bertepuk sebelah tangan sudahlah…
Fokus belajar tapi sambil menyelam minum air….
Kita letak umpan…
Dah kena,dia main dengan umpan…
Tunggu dimakan dan dia milik aku…
Tapi bila????
Sabar jela aku….
Tak pernah aku memancing macam ni punya susah…
Tapi sabar…
Kalau diikutkan kata seorang sahabat ni…
Layan je tapi jangan nak lebih…
Aku dah macam faham…
Tapi biar dia jujur dulu dengan aku…
Aku
Membiar engkau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

penat

Letih melayan,tapi seronok…
Bila nak dapt pun tak tahu…
Pasti boleh dapt ke???
Itu yang jadi persoalan dalam diri aku….
Nak tinggal,aku dah ada perasaan kat dia….
Bila tak cari,dia akan cari aku….
Aku seronok dengan dia tapi bila depan dia,macam ada sesuatu ysng dia sorok dari aku…
Aku tak tahu apa yang cuba dia sorok….
Nak tanya macam pelik je…
Tak terluah dek mulut untuk bertanya…
Zahirnya nampak okay,batinnya aku tak tahu la…
Depan aku serius dengan aku tapi belakang…..
Aku dah luahkan tapi dia suruh tunggu jadinya malas la aku nak ulang-ulang lagi benda yang sama nanti kena marah….
Biar jale bendaa tu datang sendiri…
Kalau ada,aku terima,kalau tak ada pun kena terima….
Aku sedar sapa aku…
Hanya budak kampung je…
Banding dengan dia yang duduk di bandar….
Aku selalu ulnag benda ni…
‘berdua lebih baik tapi sendirian menyenangkan’
Ada betul tapi kadang-kadang bosan juga….
Aku bahagia dengna hidup aku tapi aku nak berkongsi Cuma pada siapa???
Keluarga???kawan???cikgu???pensyarah???
Siapa???
Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikanku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih ke tarikh kita dulu

suka

Aku suka pada dia…
Dia suka ke pada aku???
Dengan layanan yang dia bagi macam suka dan macam terpaksa…
Aku layankan saja…
Tapi lebih elok aku lupakan dia…
Jauhkan diri dari dia tanpa dia sedar….
Aku boleh buat tapi bila aku buat dia akan cari aku….
Dia dah berpunya…aku sedar benda tu….
Aku takkan rosakkan hubungan orang walaupun dia nafikan yang dia dah berpunya….
Yang lagi seorang ini,pelik sikit perangai…
Aku tak kenal siapa…
Jumpa pun tak pernah…
Dia baik dengan aku,aku pun okay jela dengan dia….
Orang buat baik takkan nak balas jahat pula….

apa nak jadi....

Bila sendiri bosan…
Bila berdua banyak kerenah…
Nak buat macam mana ni????
Tengok orang berdua ada juga rasa cemburu…
Usaha dah ada …
Cari sudah…
Tapi bila kita nak kat dia,dia pula…..hhhmmm…
Masalah sampai malas nak fikir benda ini…
Berdua lebih baik sendirian menyenangkan….
Tapi aku nak berdua…
Ada juga teman…
Sapa nak jadi teman aku???
Calon dah ada…
Tapi mahal la pula….
Dah cuba belum dapat jawapan lagi…
Berat…berat…berat…
Pening la…
Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Lukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku

mulut....

Kerana pulut santan binasa dan kerana mulut badan binasa…
Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut orang….
Susah betul…
Jaga tepi kain sendiri sudah la…
Aku tak ganggu hidup kau dan kau jangan la nak ganggu hidup aku…
Tak boleh tengok orang senang…
Tak boleh langsung buat benda pelik…
Report mesti sampai kat semua orang…
Jangan nak dengki sangat la…
Aku bukan buat benda tak elok…
Aku tak tahu kau buat cerita macam mana….
Aku kalau orang dah benci aku tak kisah tapi jangan sampai aku benci kat kau…
Tunggu masa je aku nak letupkan kau…
Belajar pandai dah…
Muka lawa…
Perangai….
Masyaallah…tuhan je la yang tahu…
Aku taknak burukkan orang…
Tapi kalau aku ddah tak tahan jangan tanya kenapa kalau ada enda pelik jadi kat kau….
Memang kau semua amalkan brotherhood yang kuat…
Nanti kalau nampak aku berak tepi jalan cerita la kat adik beradik kau aku buat benda tak senonoh…
Selagi aku boleh sabar,aku akn sabar tapi sabar manusia ada hadnya…
Tunggu jela perempuan….
Mulut macam longkang…
Jaga hal kau sendiri jela perempuan….

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah,
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah

Thursday, October 13, 2011

kusut....

Aku tak tahu kenapa kepala kusut…
Aku tak tahu fikir fasal apa..
Perempuan???
Final???
Homesick???
Apa nak jadi ni….
Serabut betul la…
Takda mood langsung hari ini….
Nak share tapi tak tahu apa nak di share kan…
Apa masalah la ni…
Sapa boleh tolong…

Tolong sedar kan diriku, dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa satu waktu, ku tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Mungkinkah seperti syurgaMu…