Wednesday, March 14, 2012

Dilahirkan tanpa mengetahui nasib atau kehidupan yang akan dihadapi kelak…
Hidup seperti biasa macam orang lain….
Sekolah seperti biasa untuk menuntut ilmu…
Dalam pada itu dikenalkan dengan bidang sukan melalui rumah2 sukan…
Sejak berumur9tahun bersamaan darjah 3 telah berjinak dengan sukan…
Tapi sebelum sekolah lagi sudah kenal apa itu sukan walaupun tidak mengerti apa itu sukan sebenarnya…
Bola sepak, rounders, lumba basikal, lumba lari, memanjat, gayut dan bermacam2 lagi jenis permainan yang dimainkan….
Pada masa sekolah hanya diketengahkan sukan yang internasional sahaja seperti bola sepak,hoki,bola baling,sepak takraw dan badminton…..
Pada waktu sekolah itu bola sepak wakil sekolah sehingga darjah 6 dari darjah 3….
Hoki darjah 4 hingga darjah 6 dan terpilih untuk pergi pemilihan daerah tetapi gagal….
Sejak itu tidak pernah kenal erti letih untuk bersukan, puas dimarah dengan cikgu, mama, abah tapi biarkan…..
Pencapaian tertinggi pada waktu itu bersama team hoki mendapat tempat kedua….
Masuk sekolah menengah tidak tahu duduk diam juga….
Hampir semua jenis sukan diceburi…..
Bola sepak,hoki,bola baling,rugbi,silat…..
Bola sepak dari tingkatan 1 hingga 3 dan selepas itu fokus ke sukan lain….
Tapi hati tetap pada bola sepak lagi kerana telah dibesarkan dengan bola sepak dari kecil….
Tingkatan 2 terpilih untuk bermain hoki untuk satu kejohanan sebab telah cedera pada perlawanan separuh akhir dan hampir menyebabkan retak kaki kanan….
Pada tingkatan 2 juga masuk pasukan rugbi sekolah sehingga tingkatan 5 macam2 kecederaan yang dialami dalam sukan itu….
Selepas itu mencuba nasib untuk pasukan bola baling dan terpilih wakil sekolah dari tingkatan 3 hingga 5…
Kemuncaknya pada tingkatan 5 terpilih untuk wakil daerah dan mendapat tempat ketiga dalam kejohanan peringkat negeri dan juga terpilih untuk pergi ke pemilihan pasukan negeri…..
Dari tingkatan 4 hingga sekarang menceburi arena persilatan yang betul2 menguji dan mencabar fizikal serta mental….
Terpilih untuk pemilihan negeri sebanyak dua kali…
Masuk ke alam universiti hanya boleh fokus kepada sejenis sukan iaitu pencak silat…
Kekangan ini disebabkan oleh kecederaan yang dihadapi semasa perlawanan latihan bersama rakan pesilat lain….
Tisu lutut koyak dan memerlukan sekurang2nya rm15k untuk memulihkannya semula….
Dibiarkan sehingga sekarang….
Walaupun permainan kadang2 tidak boleh nak membuat persembahan yang terbaik tapi apakan daya kita dipaksa dan terpaksa melakukan sehingga merosakkan lagi kecederaan tersebut….
Disebabkan minat semua itu tidak dijadikan halangan….
Kemuncak kejayaan pada semester 4 dapat mewakili universiti ke pertandingan terbesar antara universiti…..
Jatuh bangun hidup seorang atlet…..
Bila menang kita akan disanjung dan bila kalah kita akan di lupakan….
Sedih juga terasa dihati tapi itu dah menjadi lumrah manusia yang suka akan keseronokkan dan benci pada kesedihan….
Yang kalah akan ditinggalkan….
Bila diperlukan tenaga,kita akan ditagih semula untuk menyumbang tenaga….
Tidak kata tidak kerana itu sudah menjadi sebahagian hidup kita untuk bersukan…
Terima seadanya….
Sabar jela hati….
Walaupun begitu tetap ikhlas menyumbangkan tenaga demi kepuasan diri….
Bermacam2 jenis rakan dah jumpa semua berjenis2 perangai dan semua harus dihadapi dengan hati yang terbuka walaupun tidak suka….
Terima segala keadaan dan menganggapnya satu cabaran….
Sukan memang telah sebati dalam diri dan walau seringkali menghadapi kekalahan hati tetap pada sukan dan semua itu untuk kepuasan diri semata-mata….

No comments:

Post a Comment