Monday, September 3, 2012

tak habis lagi....


Susah melayan perasaan ni….
Semakin dilayan,semakin terikut dengan kelekaannya…
Tapi bila tak dilayan sunyi sepi pula…
Perasaan…
Susah nak dikawal…
Mata sentiasa terbuka untuk melihat, otak sentiasa berfikir untuk sesuatu, mulut sentiasa berkata untuk menyampaikan…
Tapi apa yang mata ingin lihat???
Apa yang otak perlu fikir???
Apa yang mulut ingin sampaikan???
Mungkin ada seseorang yang boleh huraikan semua benda yang tersirat dan tersurat ni…
Memang ada tapi siapa gerangan orang itu dan bila dia akan muncul untuk menghuraikan segala persoalan tersebut???
Bagaimana dia akan muncul untuk menghurai persoalan itu…???
Semua itu ada pada pengetahuan Yang Maha Mengetahui…
Kita hanya boleh merancang sahaja…
Segalanya sudah ditentukan olehNya…
Sabarlah duhai hati…

muncul lagi...


Lepas seorang,seorang lagi datang…
Bagai patah tumbuh hilang berganti…
Tapi apakan daya bila hati tak boleh nak terima…
Bukan mencari yang sempurna tapi biar cukup segalanya…
Diumpamakan dengan masakan biarlah masakan itu segalanya cukup dengan garamnya,gulanya,perasanya walaupun tak sedap…
Tak cukup layak untuk mendapat yang sempurna tapi memadailah dengan cukup segalanya...
Burung dah hinggap didahan tapi hanya ingin berehat dan mengambil buahnya sahaja tapi tidak ingin berumah didahan itu…
Mungkin dahan itu tak cukup sempurna untuk didirikan rumah diatasnya…
Tidak dapat dikenal pasti apa kekurangan yang ada pada dahan itu…
Mencuba dan terus mencuba tapi sampai bila???
Mungkin sampai sini sahaja…
Cuba untuk memikat burung yang lama tapi jika tak dapat dijinakkan,apakan daya…
Sabarlah duhai hati….

pedih


Memang banyak kisah cinta yang aku masukkan tapi hatiku tetap pada yang satu…
Banyak yang aku jumpa tapi aku tetap tak boleh melupakan dia…
Dia tak buat apa-apa padaku tapi aku tetap tak boleh lupakan dia..
Kami kenal dalam satu masa yang singkat…
Dalam perkenalan yang singkat itu jugalah hatiku tertarik padanya…
Dipertemukan dalam satu kem yang meyeronokkan…
Tapi ada yang lebh seronok bagiku kerana bertemu dengannya…
Yang pertama dan yang terakhir jumpa adalah pada 4 tahun dulu…
Dan yang terkini aku dapat bertemu dengannya dalam jangka waktu yang sangat singkat tetapi amat bermakna…
Tak sempat nak luahkan apa-apa pun tapi sangat seronok setelah sekian lama terpisah…
Entah bila akan ketemu lagi ya…
Hanya masa yang akan menentukan semuanya…
Kita hanya merancang dan tuhan sahaja yang menentukan…
Sabar sahajalah…
Aku tak tahu kenapa aku tak bolegh nak melupakan dia…
Berjumpa jarang sekali…
Bersembang cuma di telefon…
Mengetahui perkembangan memang susah…
Apa yang pasti dia memang tiada tolok gantinya…
Aku tak boleh melupkan dia…
Aku nak hidup dengan dia selamanya…

guru


Kita kenal seorang cikgu dari kecil lagi…
Sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti…
Walauapapun panggilannya dia tetap cikgu maksudnya…
Hormat dan takut itulah selalu kita bayangkan bila dihadapan cikgu…
Namun tidak semua cikgu kita suka dan akan terima apa yang dikatakan pada kita…
Tapi kita harus telan apa yang diberi oleh cikgu itu…
Pengalaman telah mendewasakan kita….
Bukan hendak menjadi kurang ajar tetapi cuma meluah rasa tidak puas hati…
Namun ianya telah disalah anggap…
Jika berdiam bermakna kita setuju dengan dia tapi bila bersuara akan dikata kurang ajar,itulah lumrah hidup…
Segalanya kerana seorang cikgu…
Tidak bermaksud untuk kurang ajar tapi seharusnya seseorang cikgu itu tidak patut untuk bermuka-muka dihadapan setiap murid…
Menjadi seorang cikgu besar tanggungjawabnya…
Jika ada yang tidak betul maka seluruhnya tidak betul…
Jadi cikgu harus menunjukkan contoh diri yang terbaik walaupun kadang-kadang ada yang melakukan kesilapan tetapi kesilapan itu seharusnya yang tidak disengajakan…
Tapi jika cikgu itu sering melakukan perkara yang dibenci oleh muridnya setiap hari dan hanya ingin meraih simpati segelintir murid serta ingin mendapat populariti yang sedikit dengan bilangan murid yang menyukainya amatlah sedkit ianya tidak sebagus dan sehebat mana…
Seperti diatas cikgu seharusnya menunjukkan peribadi yang amat cantik dan terpuji dan bukanya yang dibenci oleh murid dan boleh dijadikan bahan bualan dikalangan murid itu sendiri…
Cikgu juga seharusnya menjadi pendamai dan harus mendengar masalah dari kedua-dua belah pihak jika ada berlaku masalah diantara dua pihak yang berbeza dan bukan menjadi penghukum yang kadang-kadang terjadi disebabkan masalah emosi yang sedang dikurung dengan perasaan marah dan rasa amarahnya itu dilepaskan pada murid…
Akhir kata,cikgu adalah contoh,model,segala-segalanya pada seorang murid dan perwatakan seorang cikgu itu akan menjadi ikutan pada anak-anak muridnya…baik buruk seseorang cikgu itu setiap murid harus menerimanya tetapi jika selalu benda buruk yang dilakukan tidak semua murid dapat ikut rentak seorang cikgu itu…
Luahan hati seorang murid tidak semua cikgu boleh dengar dan boleh terima seadanya kerana ego seorang cikgu itu lebih besar dan percaya yang dia adalah terlalu sempurna dimata setiap muridnya…
Sifat ini harus diubah untuk menjadikan cikgu itu disenangi oleh setiap murid dan bukan hanya murid yang hanya disayanginya sahaja…
Akhir kata cikgu seharusnya menunjukkan budi pekerti yangg baik disetiap orang murid dan tidak bermuka-muka disesetengah tempat untuk meraih kasih dari setiap murid yang diajar…
Jika itu terjadi maka ada perkara yang telah menjadi balasan didalam hidupnya…
Manusia tidak boleh hidup dalam sumpahan manusia lain setiap hari…
Renung-renungkanlah…
Berfikir sejenak….
Kaitkan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar….

andai ku bercinta lagi...


Kini kau tiada

Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati