Friday, May 2, 2014

Hijab

Pelbagai rupa.
Pelbagai gaya.
Pelbagai fesyen.

Apa tujuan tudung di cipta?
Apa erti tudung yang sebenar?
Apa cara memakainya dengan sempurna?

Hanya sekadar meletak di kepala.
Hanya dililit di leher.
Hanya sekadar hiasan di kepala.

Yang nyata hanya wanita sahaja yang memakai tudung.
Pada asalnya hanya untuk menutup rambut di kepala.
Tetapi hanya menjadi hiasan di kepala.

Rambut pada wanita adalah aurat.
Rambut pada wanita adalah mahkota.
Rambut pada wanita segalanya.

Jika aurat, mengapa hanya di tutup sebahagian?
Jika mahkota, mengapa di tunjuk sebahagian?
Jika segalanya, mengapa tidak di tutup atau di tunjuk sepenuhnya?

Jika dulu tidak menutup nya, sekarang wajib menutupnya.
Jika dulu tidak sempurna tutupnya, sekarang sempurnakan tutupnya.
Jika sudah sempurna, kemaskan tutupannya.

Adakah menutup aurat hanya mengikut waktu?
Adakah menutup aurat hanya ikut tempat?
Persoalan yang harus di beri jawapan.

Kita mampu mengubahnya.
Arahan tuhan lebih penting dari arahan manusia.

No comments:

Post a Comment