Friday, May 2, 2014

Rezeki

Bila bercerita tentang rezeki, semua orang pasti terbayang duit, kesenangan dan harta benda.
Tapi tahukah semua bahawa rezeki yang di cari dan kita dapat itu berkat?

Bukan nak bercerita pasal agama, tetapi ada sedikit renungan untuk di kongsi bersama.
Rezeki yang sedikit adakah menjamin kebahagian?
Rezeki yang banyak adakah memberi kesedihan?
Ada yang berpendapat tidak semua yang kaya itu bahagia dan tidak semua yang susah itu sedih.

Hal ini kerana dengan satu persoalan, adakah kita mahu jadi hamba duit atau hamba kepada kebahagiaan?
Hidup hanya dengan kerja atau hidup dengan kehidupan yang bahagia?

Pastinya semua orang mahukan rezeki yang melimpah ruah.
Tetapi mahukah kalian hidup tanpa kehidupan?
Rezeki yang sedikit tetapi menjamin kebahagiaan atau rezeki yang banyak tanpa ada kebahagiaan?

Yang Maha Pencipta telah mengatur sebaik kejadian untuk makhluknya.
Kita hanya perlu ikut rencananya dan cuba ubah nasib kita.
Baik jalannya, baik jugalah hasilnya.
Jika buruk jalannya, buruk jugalah hasilnya.

Kita mencipta kebahagiaan.
Kita mencipta kesedihan.
Kita mencari kebahagiaan.
Kita mencari kesedihan.

Penuh dengan persoalan yang harus di fikirkan sejenak.
Ini semua hanya kerana satu perkara yang bernama Rezeki.
Kalian mahukan rezeki, kalian cari.
Kalian mahukan kebahagiaan, kalian cari.

Dapatkah kalian bersua dengan rezeki mahupun kebagiaan?
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.
Apa yang anda mahu dan apa yang anda perlu.
Keperluan atau kehendak?

Renung renungkan....

No comments:

Post a Comment