Friday, November 25, 2011

Racun dunia

Aku dah malas fikir lah pasal benda ni semua…
Aku tak peduli ada kejar aku ke aku kejar dia ke….
Semua tu aku dah taknak fikir….
Yang penting hidup aku sekarang..
Aku sedang mengejar kebahagian dunia….
Seiring dengan akhirat…
Hidup sendiri lebih menyenangkan dan menyeronokkan tanpa perlu dikawal dan dikongkong…
Walau dalam hati kadang-kadang ada juga rasa cemburu…
Tu tak boleh dinafikan la….
Aku tetap bahagia dengan hidup aku…
Kebahagiaan yang sangat mudah dicari tanpa perlu menjaga hati dan perasaan orang lain…
Bila berdua banyak yang perlu difikirkan…
Bila berdua segalanya akan berubh tanpa kehendak kita…
Bila berdua banyak benda yang tak diingini akan terjadi dan tak akan terjadi…
Lebih baik sendiri mengejar kebahagiaan…
Lebih baik sendiri melakukan segala-galanya dalam hidup ini…
Bukan tak nak berdua tapi bila tiba masa segalanya akan menjadi kenyataan…
Biar ia berlaku secara semula jadi…
Tak perlu dikejar dan tak perlu mengejar….
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

No comments:

Post a Comment