Monday, September 3, 2012

guru


Kita kenal seorang cikgu dari kecil lagi…
Sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti…
Walauapapun panggilannya dia tetap cikgu maksudnya…
Hormat dan takut itulah selalu kita bayangkan bila dihadapan cikgu…
Namun tidak semua cikgu kita suka dan akan terima apa yang dikatakan pada kita…
Tapi kita harus telan apa yang diberi oleh cikgu itu…
Pengalaman telah mendewasakan kita….
Bukan hendak menjadi kurang ajar tetapi cuma meluah rasa tidak puas hati…
Namun ianya telah disalah anggap…
Jika berdiam bermakna kita setuju dengan dia tapi bila bersuara akan dikata kurang ajar,itulah lumrah hidup…
Segalanya kerana seorang cikgu…
Tidak bermaksud untuk kurang ajar tapi seharusnya seseorang cikgu itu tidak patut untuk bermuka-muka dihadapan setiap murid…
Menjadi seorang cikgu besar tanggungjawabnya…
Jika ada yang tidak betul maka seluruhnya tidak betul…
Jadi cikgu harus menunjukkan contoh diri yang terbaik walaupun kadang-kadang ada yang melakukan kesilapan tetapi kesilapan itu seharusnya yang tidak disengajakan…
Tapi jika cikgu itu sering melakukan perkara yang dibenci oleh muridnya setiap hari dan hanya ingin meraih simpati segelintir murid serta ingin mendapat populariti yang sedikit dengan bilangan murid yang menyukainya amatlah sedkit ianya tidak sebagus dan sehebat mana…
Seperti diatas cikgu seharusnya menunjukkan peribadi yang amat cantik dan terpuji dan bukanya yang dibenci oleh murid dan boleh dijadikan bahan bualan dikalangan murid itu sendiri…
Cikgu juga seharusnya menjadi pendamai dan harus mendengar masalah dari kedua-dua belah pihak jika ada berlaku masalah diantara dua pihak yang berbeza dan bukan menjadi penghukum yang kadang-kadang terjadi disebabkan masalah emosi yang sedang dikurung dengan perasaan marah dan rasa amarahnya itu dilepaskan pada murid…
Akhir kata,cikgu adalah contoh,model,segala-segalanya pada seorang murid dan perwatakan seorang cikgu itu akan menjadi ikutan pada anak-anak muridnya…baik buruk seseorang cikgu itu setiap murid harus menerimanya tetapi jika selalu benda buruk yang dilakukan tidak semua murid dapat ikut rentak seorang cikgu itu…
Luahan hati seorang murid tidak semua cikgu boleh dengar dan boleh terima seadanya kerana ego seorang cikgu itu lebih besar dan percaya yang dia adalah terlalu sempurna dimata setiap muridnya…
Sifat ini harus diubah untuk menjadikan cikgu itu disenangi oleh setiap murid dan bukan hanya murid yang hanya disayanginya sahaja…
Akhir kata cikgu seharusnya menunjukkan budi pekerti yangg baik disetiap orang murid dan tidak bermuka-muka disesetengah tempat untuk meraih kasih dari setiap murid yang diajar…
Jika itu terjadi maka ada perkara yang telah menjadi balasan didalam hidupnya…
Manusia tidak boleh hidup dalam sumpahan manusia lain setiap hari…
Renung-renungkanlah…
Berfikir sejenak….
Kaitkan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar….

No comments:

Post a Comment