Monday, September 3, 2012

muncul lagi...


Lepas seorang,seorang lagi datang…
Bagai patah tumbuh hilang berganti…
Tapi apakan daya bila hati tak boleh nak terima…
Bukan mencari yang sempurna tapi biar cukup segalanya…
Diumpamakan dengan masakan biarlah masakan itu segalanya cukup dengan garamnya,gulanya,perasanya walaupun tak sedap…
Tak cukup layak untuk mendapat yang sempurna tapi memadailah dengan cukup segalanya...
Burung dah hinggap didahan tapi hanya ingin berehat dan mengambil buahnya sahaja tapi tidak ingin berumah didahan itu…
Mungkin dahan itu tak cukup sempurna untuk didirikan rumah diatasnya…
Tidak dapat dikenal pasti apa kekurangan yang ada pada dahan itu…
Mencuba dan terus mencuba tapi sampai bila???
Mungkin sampai sini sahaja…
Cuba untuk memikat burung yang lama tapi jika tak dapat dijinakkan,apakan daya…
Sabarlah duhai hati….

No comments:

Post a Comment